Malam makin larut
Mata masih belum mahu lena
Puas kupujuk
Masih juga belum tertutup.
Tanya pada hati
Mungkin ada gundah yang belum terurai
Mungkin juga ada secubit rasa yang tak dapat ditafsir
Tiada jawapan dari hati…
Ku tanya pula pada fikir
Apakah ada perkara yang belum sempurna
Atau masalah yang menjenguk minda.
Fikir juga seperti sang hati..
Sepi…bisu..
Juga tiada jawab.
Lama menung ku
Agaknya mengapa lena masih jauh
Tidak muncul meski ulitku tidak putus..
Tiba-tiba ada sesuatu mengetuk benak
Menyampai pesan
Memberi jawab tentang rajuk sang mata…
Kafein!
*nurul 9 nov 1.23 a.m.*
Mata masih belum mahu lena
Puas kupujuk
Masih juga belum tertutup.
Tanya pada hati
Mungkin ada gundah yang belum terurai
Mungkin juga ada secubit rasa yang tak dapat ditafsir
Tiada jawapan dari hati…
Ku tanya pula pada fikir
Apakah ada perkara yang belum sempurna
Atau masalah yang menjenguk minda.
Fikir juga seperti sang hati..
Sepi…bisu..
Juga tiada jawab.
Lama menung ku
Agaknya mengapa lena masih jauh
Tidak muncul meski ulitku tidak putus..
Tiba-tiba ada sesuatu mengetuk benak
Menyampai pesan
Memberi jawab tentang rajuk sang mata…
Kafein!
*nurul 9 nov 1.23 a.m.*
1 comment:
Heheheh..banyak lagi minum neskopi tu.Pahtu tokleh tido.Kurangkan minum neskopi ye.MMMMMMMUAHHHHHH!!!!
Post a Comment