Sering aku lupa bersyukur
Untuk kurnia yang tak nilainya tak terukur
Untuk bahagia yang saban waktu mengekori
Dua mutiara berharga
Melengkapi hidup hamba-Mu yang tiap saat terlena
Kadang terlupa dua mutiara itu satu anugerah
Yang mesti disyukuri
Perlu dihargai.
Suamiku,
Tak terbanding cinta yang sarat di hati
Tak terukir rindu memberat di jiwa
Cuma sering aku lupa
Suamiku milik Azali yang dipinjamkan sekejap cuma
Bagi melengkapi tubuh kerdil yang separuh ini
Agar tidak goyah menempuh badai bermain dengan ombak kehidupan
Agar tenang mengharung gelora ynag menduga keimanan.
Terima kasih Tuhan..
Kerana meminjamkanku seorang suami
Yang mulia hatinya
Yang melentur rusukku meski tidak selurus Sirat-Mu.
Anakku,
Tiap kali mata melirik padamu,
Terpancar cinta yang saban hari saban menyala
Saban hari saban membara.
Cuma aku seringkali leka
Lupa bahawa Tuhan bisa mengambilmu dariku
Meski segunung kasih yang kugalas di bahu
Walau sebeban sayang yang kupikul.
Terima kasih Tuhan..
Kerana meminjamkanku seorang permata
Pelengkap hidup aku bersama sang suami.
Maaf Tuhan..
Kerana aku seringkali lupa bersyukur..
nurul hamidah
6 November 08
1.32 a.m.
1 comment:
aku pun sama..
sungguh menyentuh kalbu..
huhu
Post a Comment