Friday, November 14, 2008

"he's 9 months"

12 November 2008..

my precious reached his 9th months. Time moved so swiftly..I could still remember the pain.. the 9 months carrying him in my womb...huhuhu.. can't wait to see him grow bigger...

 

Thursday, November 13, 2008

^^**^^DEL EID GATHERING PICS**^^**

hmm.. i malas la nak edit post pasal eid tu.. so i just upload the pics in a new one. here are some of the pics. a successful event...


wanita-wanita cantik!!


nasi beriani yang sedap.. so tasty!!tp xle makan byk coz kena layan guests.. huhuhu


sume macam bes je pakat angakat tangan nak jawab soalan.. kalau le dlm kelas time bljr BEL mcm ni kan bes..


the finance people.. these people processed our cash to materialize the gathering efficiently!


hoho ajla bersungguh benar amek food!


ok people.. this is the person who won best dress award! hmm i masih menyelidik tahap kebestan dress dia..?? muahahahah sorry ye Intan...


tokey gelang (kiri) bersama customer yang setia..bersama gelang yang di beli daripada aku.


jeng.. jeng.. jeng..ketibaan tetamu kehormat


sedapnyer encik elwi shafiz makan!


3 blues with a brownie.. ;)


my dearest students.. muahahah i pun nampak macam student jgk kan.. could u differentiate?


dah sape plak laa yang baju biru tuh...? kite de invite dia ke wei..?

Sunday, November 9, 2008

Ke Mana Lenaku?

Malam makin larut
Mata masih belum mahu lena
Puas kupujuk
Masih juga belum tertutup.

Tanya pada hati
Mungkin ada gundah yang belum terurai
Mungkin juga ada secubit rasa yang tak dapat ditafsir

Tiada jawapan dari hati…
Ku tanya pula pada fikir
Apakah ada perkara yang belum sempurna
Atau masalah yang menjenguk minda.

Fikir juga seperti sang hati..
Sepi…bisu..
Juga tiada jawab.

Lama menung ku
Agaknya mengapa lena masih jauh
Tidak muncul meski ulitku tidak putus..

Tiba-tiba ada sesuatu mengetuk benak
Menyampai pesan
Memberi jawab tentang rajuk sang mata…

Kafein!

*nurul 9 nov 1.23 a.m.*

Thursday, November 6, 2008

Sering Aku Lupa

Sering aku lupa bersyukur
Untuk kurnia yang tak nilainya tak terukur
Untuk bahagia yang saban waktu mengekori

Dua mutiara berharga
Melengkapi hidup hamba-Mu yang tiap saat terlena
Kadang terlupa dua mutiara itu satu anugerah
Yang mesti disyukuri
Perlu dihargai.

Suamiku,
Tak terbanding cinta yang sarat di hati
Tak terukir rindu memberat di jiwa
Cuma sering aku lupa
Suamiku milik Azali yang dipinjamkan sekejap cuma
Bagi melengkapi tubuh kerdil yang separuh ini
Agar tidak goyah menempuh badai bermain dengan ombak kehidupan
Agar tenang mengharung gelora ynag menduga keimanan.

Terima kasih Tuhan..
Kerana meminjamkanku seorang suami
Yang mulia hatinya
Yang melentur rusukku meski tidak selurus Sirat-Mu.

Anakku,
Tiap kali mata melirik padamu,
Terpancar cinta yang saban hari saban menyala
Saban hari saban membara.
Cuma aku seringkali leka
Lupa bahawa Tuhan bisa mengambilmu dariku
Meski segunung kasih yang kugalas di bahu
Walau sebeban sayang yang kupikul.

Terima kasih Tuhan..
Kerana meminjamkanku seorang permata
Pelengkap hidup aku bersama sang suami.

Maaf Tuhan..
Kerana aku seringkali lupa bersyukur..




nurul hamidah
6 November 08
1.32 a.m.

Wednesday, November 5, 2008

Puisi Zurinah Hassan

Masihkah Kau Bermain Seruling & Aku Sepatutnya Malu Menulis Surat Cinta Kepadamu karya Zurina Hassan pernah jugak aku baca di majlis bacaan puisi. sayang aku tak pandai menulis... cuma mampu berkongsi rasa melalui deklamasi.. interpretasi mungkin berbeza tapi sebaik-baiknya aku cuba untuk menghampiri jiwa pemuisi, menjadikan luahan si penulis terzahir pada pendengaran....

Aku Sepatutnya Malu Menulis Surat Cinta Kepadamu
nukilan Zurinah Hassan



Aku sepatutnya malu menulis surat cinta pada
kerana ia tidak mungkin jadi sempurna
dan setelah terlalu banyak mengingkari-Mu
Kau mungkin tidak sedia menerima.

Mengapa harus aku tiba pada-Mu
bagai seekor kupu-kupu yang meninggalkan rimbanya
keragaman rahsia yang mentaati kata-kata
"tidak kuberi ilmu
melainkan sedikit sahaja"
aku jadi marah pada ketetapan itu
dan meluru menuju lampu
tapi hanya terhumban pada kaca
lalu jatuh ke kaki-Mu
apakah kau sedia memaafkan
carik-carik di kepakku?

Atau apakah kau sengaja
memilih pertemuan begini
untuk aku jadi lebih terpegun
pada kesempurnaan jari-jari-Mu?

Mengapa aku harus tiba pada-Mu
bagai sungai yang menemui muaranya
dalam murung rasa tua
setelah terlalu banyak meronta
mahu melepaskan diri dari sekatan tebingnya
tapi hanya menambahkan bebanan
sehingga tiba ada keluasan lautmu
apakah Kau sedia memaafkan
kekeruhan di tubuhku?

Atau apakah kau sengaja
memilih pertemuan begini
untuk aku jadi lebih terpesona
pada kejernihan matamu?

Kau terlalu banyak menyimpan keindahan
mengapakah aku tidak melihatnya dahulu
atau apakah Kau sengaja menyembunyikan
supaya aku jadi lebih kasih pada-Mu?

Mingguan Malaysia
1976


Masihkah Kau Bermain Seruling


masihkah kau bermain seruling
walau waktu telaah terlewat untuk kita bercinta
aku semakin terasa bersalah
melayani godaan irama
lagu yang tersimpan pada lorong halus buluh
dikeluarkan oleh nafas seniman
diukir oleh bibir
diatur oleh jari
dilayangkan oleh alun angin
menolak ke dasar rasa.

masihkah kau bermain seruling
ketika kampung semakin sunyi
sawah telah uzur
waktu jadi terlalu mahal
untuk memerhatikan hujan turun
merenung jalur senja
mengutip manik embun
menghidu harum bunga.

masihkah kau bermain seruling
ketika aku terasa mata bersalah
untuk melayani rasa rindu padamu
di kota yang semakin kusut dan tenat
adik-adikku menganggur dan sakit jiwa
bangsaku dipecahkan oleh politik
saudara diserang bom-bom ganas
dunia sudah terlalu tua dan parah.

Di sinilah berakhirnya percintaa kita
kerana zaman sedang menuntut para seniman
hidup di luar dirinya.

Shah Alam, 1987



harapan... alangkah baiknya jika aku juga dikurniakan kebolehan memindah rasa hati melalui pena.... terlalu banyak yang bakal diperkatakan... (hmmm.. manusia x akan pernah puas dengan kelebihan yang dimiliki...)

I WAnt the ReCitAL........

Reading and reciting poetry are among the things that I miss so much. i used to read and recite poems since i was a kid. i have a collection of poetry that i would choose to recite at any occasion i was invited to perform. I have some Rahman Shaari's in my list. DI HALAM KEMBANG SEPATU INI SELAMANYA SEJAHTERALAH WARGA and SAJAK ANAK are among my favorite. Sajak Anak is a very interesting poem portraying a mom's love towards her disobedient daughter. i would definitely recite that poem whenever the audience requested me to. hahah macam ade fan la pulak kan... however Sajak Anak is very interesting.. there are dialogues which means i need to differentiate the tones ( which i loooooooooove a lot) hmmm.. cakap byk x guna jgk kan.. let's read the poem from Rahman Shaari..

~@@@~Sajak Anak~@@@~

aku tiba sebelum senja
pintu rumah tertutup
anak kucing
di anak tangga.
kumatikan bising motosikal
tanpa panggil
pintu rumah terbuka

mak sum seperti dulu
tangan kiri di kepala, menggaru
tangan kanan memegang pintu

aku bertanya tentang milah,
jawabnya tiada di rumah
'milah keluar dengan lakinya'
aku heran:
'bila menikah?'
'menikah belum', jawab mak sum

tangan mak sum luka-luka
dan pakaian tidak terjaga
bila kuusik: 'mak sum masih muda',
dia menari dan ketawa.
tapi dia cepat mengubah suasana
bila kusebut nama suaminya
bertukarlah wajah dan suara itu
seperti matinya pak hamid
baru pagi tadi.

kemudian kutanya tentang tangannya
kenapa luka?

dia menangis lagi
dan bertanya kembali
apakah benar tuhan gagah?
kukatakan padanya tuhan perkasa
dan dia lagi bertanya
kenapa tuhan tiadak memulas
kepala milah?

'lukaku ini dipukul milah
dia anak yang tidak senang
melihat aku riang
menyanyi dan menari di rumah orang'.

aku faham lantas berkata
'tuhan adil,
itu anak durhaka,
mak sum jangan bimbang
tempat milah nanti di kawah
di bawahnya api ganas
milah akan menjerit kepanasan
memanggil emak
memanggil tuhan'.

mak sum kembali riang
'tak kan kutolong, tak kan kutolong',
bila aku mau pulang,
hidupkan enjin motor burukku
mak sum memanggil lagi
menangis lagi.

'Katakan pada tuhan,'jeritnya'Jangan rebus si milah,
dia anak aku'.

**********************************************************

Aku selalu menitiskan air mata tiap kali sajak ini ku baca.. dan akan terus air mata ini tumpah....

My FaVOUritE TonGUE TwiSTeR

A tree toad loved a she-toad
Who lived up in a tree.
He was a two-toed tree toad
But a three-toed toad was she.
The two-toed tree toad tried to win
The three-toed she-toad's heart,
For the two-toed tree toad loved the ground
That the three-toed tree toad trod.
But the two-toed tree toad tried in vain.
He couldn't please her whim.
From her tree toad bower
With her three-toed power
The she-toad vetoed him.

*****************************************
You've no need to light a night-light
On a light night like tonight,
For a night-light's light's a slight light,
And tonight's a night that's light.
When a night's light, like tonight's light,
It is really not quite right
To light night-lights with their slight lights
On a light night like tonight.

********************************************

Don't pamper damp scamp tramps that camp under ramp lamps.

*******************************************

When a twister a-twisting will twist him a twist,
For the twisting of his twist, he three twines doth intwist;
But if one of the twines of the twist do untwist,
The twine that untwisteth untwisteth the twist.
Untwirling the twine that untwisteth between,
He twirls, with his twister, the two in a twine;
Then twice having twisted the twines of the twine,
He twitcheth the twice he had twined in twain.
The twain that in twining before in the twine,
As twines were intwisted he now doth untwine;
Twist the twain inter-twisting a twine more between,
He, twirling his twister, makes a twist of the twine.

*****************************************************

Ned Nott was shot
and Sam Shott was not.
So it is better to be Shott
than Nott.
Some say Nott
was not shot.
But Shott says
he shot Nott.
Either the shot Shott shot at Nott
was not shot,
or
Nott was shot.
If the shot Shott shot shot Nott,
Nott was shot.
But if the shot Shott shot shot Shott,
then Shott was shot,
not Nott.
However,
the shot Shott shot shot not Shott --
but Nott.
________________________________________
Six slippery snails, slid slowly seaward

**invigilating**

Friday October 31st 08, I jaga exam la hari ni. The 2 hours paper will start at 2.45. I will be invigilating with 2 unknown people. Hmm I used to invigilate with Hardiana 2 semesters back but after the exam, we tend not to know each other. Huhuhu penat je I senyum kat dia tp dia bleh buat derk je as if x penah jumpa I sebelum ni. Tu yang aku wonder sesangat.. people keep saying that I am arrogant, muka belagak giler.. huhuhu… padahal dorang tu ha yang buat sombong.. tp ape I nak heran. I don’t give a damn to them as long as they do not interfere in my affairs.
Pagi yang bosan.. as usual pegi beli breakfast kat Cik Yah dengan Byn sambil bejalan-jalan melihat alam yang tenang pepagi hari. Hari ni x beli air coz I don’t want to meet the guy at Dkop. Huhuhu kang byk plak dok interview so mulai today I bring my own drink. Hikhik… kalo x sempat bawak pon kat department kana de water dispenser. Siap HOT & COLD lagi. Nescafe ade, Oat ade, Tea ade.. sume ade, buat je la kalau rajin. Time memula tu rajin jugak tapi dh lelama mcm malas je.. beli lagi senang. But since the existence of this abang at the shop I mcm mls je nak gi. Muahahahaha perasan kena ngorat la plak…
Balik beli breakfast ade reporter reported the latest accident happened in kolej. Huh eksiden saje semenjak dua menjak ni. Tapi I tak heran sangat bila I tau orang yang eksiden tu Puan AH. Tengok dia drive pun tau.. dah la penah langgar I.. buta ke hape dia tu.. elok je I buka pintu kereta she passed by. Siap babai babai lagi kat I. I pun babai la jugak sekali she bumped on me!! Nasik baik laa sikit je, kereta slow time tu. Huhuhu tapi tekejut la jugak. Athirah menjerit tengok aku kena langgar but puan AH bleh buat selamber senyum2 and lambai2 kat I yang telah pon dia langgar.. huhuhu.. tu yang when the reporter bagitau dia eksiden I macam x heran sangat.. ntah2 kereta I yang kemek tu dia yang langgar.. ye laa pagi elok2 je park bila nak balik tengok dah kemek. Berdasarkan pemerhatian isteri pomen terkemuka,c orak pelanggaran tu dengan gerak perlahan, most probably time si pelanggar tu nak reverse kereta dia untuk keluar parking, dia telah tidak dapat budget ruang so kena la kereta I yang cumel tu. Hahahaha.. I agak setuju dengan pendapat tu berdasarkan beberapa sebab. First look at how she bumped on me, second, she used to hit a Rexton, bergeser jugak means gerak perlahan ah tu. Thirdly, she bashed on a Storm depan Soon Hin sebab kunun2 x muat nak lau padahal kereta lain lepas elok je.. so in conclusion….. LU PIKIRLAA SENDIRI!!!
2.45 p.m. exam mula. I gi exam unit at almost 2 p.m. tengkok bilik exam x buka lagi.huh penat je gi awal2. Ros & Kak Nada de dok nunggu kat bilik meeting. Dorang dah penat ketuk and bagi salam but no one opened the door. Few minutes passed, barula pintu dibuka. Rupa-rupanya si Hana Suzana membuta kat dalam tu. Yang besnye.. AJK pon xde lagi, ketua pengawas yang supposedly jaga dengan I pun xde lg jugak. Kul bape baru dorang datang..hoh ingat punctual coz ketua pengawas & isterinya kelihatan amatlah skema..muahaha…
Kul 5 I dah balik DEL. Mujur student yang exam x ramai so cpt la sket proses mengira skrip & meng`seal’answer script tu. Lepak-lepak jap sebelum berkemas untk pulang ke rumah menemui suami dan anakanda. 5.30 sharp I dah tercongok depan punch card..huh kena beratur la pulak… awal lak sampai rumah hari ni..besnya kalau tetiap hari sampai awal…..HO SAMPAI AWAL PON Saturday morning I need to go to College. Paper I at 9 a.m. kena laaa gi menyiasat sket.. hohoho…