Saturday, July 18, 2009

Semoga Abah Mendengar

Semoga Abah Mendengar…. (Fathers’ Day 09)


Abah..
Ringgit berjuta tak akan dapat membayar walau setitik keringatmu mendidik & membesarkan aku
Beratus jam waktu tidak bisa menggantikan sedetik masamu yang terbuang melayan rajukku
Selaut penawar tidak mungkin mengubati hatimu yang calar kerana kedegilanku
Setaman bunga tidak mampu membahagiakanmu seperti mana kau melihat kejayaanku walau kecil Cuma
Tiada apa-apa yang ada padaku layak untukku persembahkan sebagai tanda penghargaan untuk segala kasih sayangmu – sejak lahir aku hingga dewasa anakmu ini..

Aku hanya ada janji untuk membahagiakanmu dunia & akhirat
Namun janji itu belum mampu aku tepati
Belum sempurna ikrar aku..
Aku hanya ada ucapan terima kasih
Yang nilainya amat mustahil membalas segala jasamu
Meski berjuta kali aku lafazkan..
Inikan pula lafaz terima kasih itu hanya terbenam di dasar hati..
Semakin mustahil jasamu mampu kubalas…

Ku harap pada Dia
Agar setiap titik peluhmu dibalas dengan kemanisan
Agar setiak detik waktumu mmbesarkan ku dibalas permata berkilau di Jannah
Agar calar hatimu terubat dengan air dari Kautsar
Agar kekal kebahagianmu dunia akhirat…
Kerana aku tidak mungkin mampu membalas segalanya….



• Selamat Hari Bapa untuk Abah… terima kasih atas segalanya. Sayang Abah!!

No comments: